Politeknik Balik Pulau
Politeknik Balik Pulau

Politeknik Balik Pulau

Politeknik Balik Pulau (PBU) ditubuhkan pada 1 Februari 2007 adalah merupakan politeknik ke-21 di dalam senarai carta politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). PBU telah berpindah ke kampus tetap di Balik Pulau pada 28 Oktober 2013.Dengan kapasiti 97 orang tenaga pensyarah dan staf sokongan, PBU berganding bahu memikul amanah untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan negara dan pendidikan tertiary yang relevan dengan kehendak pasaran adalah moto utama institusi ini. Pembangunan kurikulum IT dan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini, pembinaan sahsiah pendidikan, peningkatan ilmu pengetahuan, sistem pentaksiran yang praktikal adalah agenda utama politeknik yang masih junior ini.PBU komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara menjelang tahun 2020 dengan pengisian program yang dirangka khas ke arah pencapaian ini. Melalui Agenda Transformasi Politeknik yang digariskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), PBU telah bertindak mengukuhkan program yang disepadukan bagi melahirkan graduat yang berkualiti. Antaranya ialah pemantauan yang berterusan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan pengakredatasian penuh daripada MQA dan pensijilan MS ISO pada tahun 2012. Dalam melahirkan pensyarah yang berdedikasi dan kompeten, mereka digalakkan untuk mendapatkan pensijilan profesional dan sentiasa diberikan pendedahan terkini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pula telah dipandu ke arah pembentukan sahsiah, berkeyakinan dan berketrampilan diri. Kebolehan soft skills pelajar ini terangkum dalam program kebolehpasaran graduan yang diperkasakan melalui program mereka yang tersendiri. Mewujudkan amalan persekitaran yang ceria dan sihat dengan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diamalkan di institusi ini. Di samping itu, kolaborasi dengan pihak industri dan beberapa agensi sedang giat dibangunkan.Justeru, dengan semangat team building yang sedia ada di politeknik ini, pengarah berkeyakinan penuh bahawa institusi ini akan terus maju dan berkembang selaras dengan hasrat negara untuk mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan vokasional di Negara ini.

Berkaitan